Wednesday 19 November 2014

JOM CEGAH 'MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN'

 Vivix Shaklee
 

Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.
Mengapa saya harus berhenti merokok?

Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:

  1. Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
  2. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
  3. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
    • Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
    • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
    • Mendapat asma
Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

  • Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
  • Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
  • Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
  • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
  • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
  • Meningkatkan deria bau dan rasa
  • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
  • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
  • Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
  • Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Meningkatkan tahap 'kelakian'
Bagaimana hendak berhenti merokok?

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

  • Tetapkan tarikh untuk berhenti
  • Yakin diri
  • Buatkan nota peringatan
  • Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Gunakan terapi penganti nikotin
  • Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Teknik berhenti merokok

Tip Berhenti Merokok 12 M :

  1. Melengah-lengahkan
    • Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar

  2. Menarik nafas panjang
    • Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan

  3. Minum air
    • Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein

  4. Menyibukkan diri
    • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok

  5. Menjauhkan diri
    • Daripada orang yang merokok

  6. Mengelakkan diri
    • Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok

  7. Mengunyah sesuatu
    • Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis

  8. Membasuh tangan selalu

  9. Mandi dengan kerap

  10. Meregangkan otot
    • Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk

  11. Meditasi

  12. Memohon doa
    • Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha
     

BAHAYA ROKOK





 

 Assalamualaikum dan selamat petang......perkongsian untuk renungan bersama mengenai bahaya rokok...
Rokok terbahagi kepada PEROKOK AKTIF(perokok) dan PEROKOK PASIF(orang sekeliling)
 
Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Merokok Mengakibatkan Strok
  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.
Berhenti Merokok
  • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
  • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
  • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
  • Luahkannya dengan cara positif.
  • Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

Sayangkan Jantung Anda
  • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
  • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
  • Belajarlah menyayangi jantung anda.
  • Jangan merokok.
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.

Bahan Toksik Dalam Asap Rokok

Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.
Bahan kimia dalam rokok
Sumber bahan kimia
Metanol Bahan Api
Nitrobenzena Gasolin
Karbon Monoksida Asap kereta
Butana Cecair pemetik api
Raksa Logam dalam jangka suhu
Vinil Klorida Bahan utama plastik
Toulena Pelarut industri
Ammonia Pencuci lantai
Arsenik Racun tikus
Kadmium Bahan utama bateri alkali
Stearik Bahan utama dalam lilin
Sianida Racun berbisa







sumber:http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Bahaya%20Merokok.php

Sunday 16 November 2014

BUASIR OH BUASIR


 APA ITU BUASIR???
 disediakan : siti noraina binti abidin

 Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.


 Jenis-jenis buasir

Buasir dalaman

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.



Tanda-tanda dan Gejala-gejala

Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit.

sumber :  http://ms.wikipedia.org/wiki/Buasir


Jom rawat buasir dengan produk SHAKLEE:-

 set utama : ZINC COMLEX,OSTEMATRIX & HERB-LAX
ZINC COMPLEX


OSTEMATRIX
HERB-LAX











ZINC COMPLEX
* memulihkan luka buasir.

OSTEMATRIX
*membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar.

HERB-LAX
*melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.

untuk tambahan:- ALFALFA & OMEGAGUARD.



BAHAYA RESDUNG

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhigus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang  dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:

* Streptococcus
* Staphylococcus

Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.

Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.
GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)
• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
KEMUDRATAN RESDUNG (SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat
PUNCA BAKTERIA MEMBIAK
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:

a. Radangan pada hidung.

Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:

* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).

Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.

b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser    di hidung)

Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

c. Jangkitan pada gigi geraham atas

Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

d. Genetik

Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.

JENIS  RESDUNG (SINUSITIS)
*  Akut
*  Kronik

AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.
Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.
Antara ciri-cirinya ialah :

* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.
KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.
Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
  • Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
  • Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
  • Kerap bersin pada waktu pagi
  • Ada kalanya hidung tersumbat
  • Tanpa demam tetapi hingus bertambah
  • Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
  • Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.

      
     SET SHAKLEE YANG DICADANGKAN UNTUK PENGIDAP RESDUNG

    Alfalfa Complex
    • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
    • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
    B Complex
  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.
Vitamin C
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Friday 7 November 2014

Kulit Cantik Dengan Ais Batu

Kulit Cantik Dengan Ais Batu 

Berikut beberapa manfaat petua kulit cantik guna ais batu:
1. Menyegarkan Kulit Wajah Yang Penat
Apabila anda menekap ais di wajah, secara automatik tubuh akan mengirimkan peningkatan aliran darah panas ke kawasan tersebut, sehingga meningkatkan peredaran darah. Perkara ini akan menimbulkan efek yang menyegarkan pada kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam.
Caranya mudah sahaja, ambil beberapa ketulan ais dan letakkan dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda. Tetapi, ingat ya… jangan tekap ais tersebut secara langsung ke wajah anda kerana ia boleh merosakkan pembuluh darah kapiler.

2. Mengecilkan Ruang Pori-Pori
Ais juga boleh digunakan sebagai ubat paling efektif untuk meminimumkan ruang pori-pori yang membesar. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah anda untuk mengurangi ukuran pori-pori sebelum anda memakai mekap.

3. Mengubati Mata Sembab
Kurang tidur, terlalu stress atau mata yang penat boleh menyebabkan mata kelihatan sembab atau bengkak. Anda boleh menggunakan petua kulit cantik guna ais ini jika anda sedang mengalami kesedihan berlebihan, menangis tak berhenti. Tidak mustahil, mata anda akan menjadi bengkak.
Untuk menguranginya, anda boleh memanfaatkan ais batu. Caranya, bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tula dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan di mata anda.

4. Meringankan Masalah Jerawat
Ketika jerawat muncul di wajah anda, ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangi bengkak dan kemerahan tersebut. Selain itu, penggunaan ais batu ini juga sebagai penyeimbangan kadar minyak berlebihan serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat anda.

5. Mengurangkan Bulu-Bulu Halus
Jika anda memiliki bulu-bulu halus di sekitar wajah dan stress dengan pertumbuhannya, anda boleh cuba mengurangkannya dengan menggunakan ais batu. Penggunaan ais batu sangat membangtu untuk menghilangkan semua akar-akar kecil pada kawasan wajah anda.

6. Wajah Lebih Anjal & Lembut
Jika anda ingin memiliki wajah yang lebih anjal dan lembut, petua kulit cantik guna ais adalah jawapannya! Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, lakukannya tiga kali dalam seminggu.

7. Meningkatkan Peredaran Darah
Petua mendapatkan kulit cantik guna ais yang seterusnya, gosoklah ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama seminit. Ia berfungsi untuk meningkatkan perjalanan darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan secara rutin, tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.

8. Mekap Menjadi Tahan Lebih Lama
Anda disarankan untuk menekap wajah dengan ketulan ais batu yang dibaluti tuala kecil beberapa minit sebelum mengaplikasikan solekan di wajah. Setelah menekapnya dengan ais batu, biarkan selama lima hingga 10 saat supaya airnya mengering sebelum anda apilkasikan serum ataupun mekap. Ketulan ais batu akan membantu menjaga mekap menjadi tahan lebih lama serta membantu untuk menutup ruang pori-pori pada wajah.


 
selamat mencuba....

Friday 24 October 2014

KURUS SIHAT BERSAMA SHAKLEE

Kuruskan Badan Dengan Set Kurus Shaklee

SET CADANGAN KURUS SHAKLEE

kini anda tidak perlu lagi menahan lapar semata mata ingin kuruskan badan...

Cinch Shake Shaklee

Mengandungi Cinch Pro- campuran ekslusif protein diperkayakan dengan leucine-asid amino; Leucine dapat memelihara otot semasa menurunkan berat badan. Ini kerana kesan pada mereka yang telah mengambil cinch ialah kehilangan lemak, berat dan inci dan pada masa yang sama leucine di dalam Cinch Shake Shaklee masih mengekalkan otot mereka. Yang menariknya, Cinch Shake ini didatangkan dalam 3 perisa yang sedap iaitu coklat, vanilla dan latte.

Lechitin

Memecahkan lemak dan kolestrol, ‘membersih’ salur darah, pengambilan tambahan dapat mengemulsi dan membantu metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh.

Alfalfa

Mencuci hati, darah dan usus – makanan yang sangat beralkali boleh normalkan kembali badan yang berasid, membersihkan hati, kolon, darah, menyingkirkan toksin dari badan, mencantikkan kulit dan otot.

Herb Lax

Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
* makanan makanan seperti ini perlu dielakkan/dikurangkan...
 Makanan Kurang Sihat Set Kurus Shaklee

Wednesday 22 October 2014

RAWAT DEMAM/SELESEMA DENGAN NUTRIFERON SHAKLEE


Image17326306NUTRIFERON SHAKLEE PENGGANTI PANADOL

assalamualaikum,
disini aina nak kongsikan serba sedikit product SHAKLEE yang boleh dijadikan sebagai pengganti PANADOL..
 
APA ITU NUTRIFERON? 
Nutriferon merupakan product berpaten dengan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan sistem imun.Kesan pengambilan setiap hari dapat meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan anda yang merupakan pengaktif kritikal sistem imun.

4 EKSTRAK TUMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM NUTRIFERON
  1. biji labu - merangsang pengeluaran interferon semulajadi didalam badan.menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser.
  2. biji plantago asiatica - mengandungi polisakarida yang menggantikan sel-sel imun.
  3. honeysuckle Jepun - menentang pencerobohan virus kuman.
  4. bunga safflower - menghasil dan menguatkankeupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman.

related post SHAKLEE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...